Assalamualaikum.Tadi lepas blogwalking terjumpa di blog denaihati tentang Semakan Online status perjalanan Imegrisen.Mengikut Utusan Malaysia,3,974 individu yang disenarai hitam dan di kenakan tindakan sekatan perjalanan keluar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.
Sekatan ini berkuatkuasa setelah pembayar cukai mengikut sistem taksiran sendiri gagal membayar cukai yang ditetapkan selepas April dan diikuti denda sehingga 1 Julai tahun berkenaan.Mereka yang tak membayar PTPTN ni pun boleh dikenakan sekatan ni.
Takut juga kalau termasuk dalam individu senarai hitam ni sebab dulu aku ada pinjam PTPTN.Lambat juga aku bayar.So,aku pun cuba semak status perjalanan imigresen secara online ni.Alhamdulillah aku tak termasuk dalam individu yang disekat perjalanan keluar negara.Walaupun hanya sekali ke luar negara kerana menjalankan umrah status ni penting juga.Mana tahu lepas ni ada hal untuk ke luar negara
Siapa yang nak lakukan semakan status perjalanan imegrisen secara online ni boleh ke http://sspi2.imi.gov.my.Walaupun kita tak termasuk dalam senarai hitam ni,harap-harap sesiapa yang pernah berhutang tu dapat bayar hutang.Takut akan datang masalah seperti tindakan mahkamah seperti apa yang berlaku pada abang aku semasa meminjam Yayasan Tenaga Nasional.Lagipun bahaya kalau hutang tak bayar sebelum meninggal dunia.