Ads 468x60px

Pages

Monday, May 9, 2011

Harga Gula Naik 20 sen hari Selasa

Assalamualaikum..

Mulai esok harga gula naik sebanyak 20 sen iaitu kepada RM 2.30 berbanding RM 2.10 sen sebelum.Yang ni kali ketiga harga gula dinaikkan sepanjang setengah tahun ni.Mengikut Malaysiakini langkah ni merupakan strategi kerajaan untuk jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Alasan yang kerajaan bagi ialah harga gula ni tetap murah berbanding negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.Bagi aku kerajaan sepatutnya bagi alasan yang lebih konkrit kenapa gula naik supaya tidak menimbulkan persoalan di hati rakyat.Tunjukkan fakta-fakta atau stastik kenapa rakyat kenapa gula sepatutnya dinaikkan.Bukan hanya memberi alasan negara lain lebih mahal dan hanya menunjukkan statistik susbidi yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Alasan kedua yang diberi kerajaan ialah dimana kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6juta dan dengan duit ni banyak projek dan pembangunan lain untuk rakyat.Semoga janji-janji kerajaan ni benar dan bukan omong-omong kosong seperti projek mega email 1Malaysia yang kebanyakan rakyat membantah dan mempersoalkan rasionalnya projek tu.

Rasanya dengan kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang-barangan lain seperti barang-barang makanan yang berunsurkan gula dan yang menggunakan gula.Mungkin kenaikan harga gula ini akan menyebabkan sektor makanan seperti restoran-restoran untuk memberi alasan untuk menaikkan harga produk-produk mereka.

Keputusan Penuh Terkini BPL Manchester United Vs Chelsea

Assalamualaikum...

Semalam aku pergi lepak-lepak di kedai akan tengok perlawanan antara Manchester United Vs Chelsea ni...memang match yang dinantikan bagi peminat bola sepak.Ramai yang begitu teruja dengan match ni sebab persaingan di akhir season ni memang menarik..Mata antara Manchester United dengan Chelsea hanya dibezakan dengan 3 point...Kemenangan Chelsea saje dapat menghangatkan persaing merebut trofi BPL.

Dan keputusan penuh terkini Manchester United Vs Chelsea diakhiri dengan kemenangan kepada Manchester United iaitu 2-1.Memang match yang menarik semalam...dua-dua pasukan saling menyerang...awal minit pertama Manchester United telah menjaringkan gol dari Hernandez..Memang semangat betul MU bermain semalam..

Sebelum match Manchester United Vs Chelsea ni aku tengok match antara Arsenal dan Stoke.Aku ni fan Arsenal.Kecewa betul tengok Arsenal bermain.Dimalukan pasukan Stoke dengan kekalahan 1-3...Rasanya sudah masanya Wenger berfikir unruk membeli defend yang mantap..

Dengan kemenangan Manchester United ni rasanya trofi BPL season ni milik mereka.Even MU kalah baki match dan Chelsea menang baki match perbezaan gol dimenangi oleh MU.Hanya gol yang besar dapat beri kelebihan pada Chelsea.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...