Ads 468x60px

Pages

Tuesday, May 24, 2011

Home » , , , » Langkah Rasionalisasi Subsidi diumum minggu ini

Langkah Rasionalisasi Subsidi diumum minggu ini

Assalamualaikum..

Mengikut Menteri Perdagangan dalam negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini.

Baru-baru ni isu subsisidi ni semakin hangat diperkatakan.Harga minyak RON 95 dikatakan akan naik walaupun kerajaan dulunya pernah mengatakan bahawa minyak RON 95 ni takkan naik.Jika harga RON 95 ni naik mungkin ianya banyak membebankan rakyat.Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi tapi gaji tetap sama.Sepatutnya kerajaan hendak la mengkaji gaji rakyat sebelum menarik subsidi yang telah diberi sebelum ni.

Sebelum ni harga minyak RON 97 telah dinaikkan kepada RM 2.90.Tetapi apa yang menjadi tanya tanya harga minyak RON 97 ni diapungkan mengikut harga pasaran minyak dunia.Sedangkan waktu sekarang harga minyak dunia semakin turun dan Malaysia antara pengeluar minyak terbesar dunia.Harga minyak di negara pengeluar minyak yang lain jauh berbeza murah berbanding dengan Malaysia.Diharapkan kerajaan bertindak jujur dalam mengatakan tentang subsidi ni terutamanya subsidi minyak.

Sumber:bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...