Ads 468x60px

Pages

Monday, May 9, 2011

Home » , » Harga Gula Naik 20 sen hari Selasa

Harga Gula Naik 20 sen hari Selasa

Assalamualaikum..

Mulai esok harga gula naik sebanyak 20 sen iaitu kepada RM 2.30 berbanding RM 2.10 sen sebelum.Yang ni kali ketiga harga gula dinaikkan sepanjang setengah tahun ni.Mengikut Malaysiakini langkah ni merupakan strategi kerajaan untuk jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Alasan yang kerajaan bagi ialah harga gula ni tetap murah berbanding negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.Bagi aku kerajaan sepatutnya bagi alasan yang lebih konkrit kenapa gula naik supaya tidak menimbulkan persoalan di hati rakyat.Tunjukkan fakta-fakta atau stastik kenapa rakyat kenapa gula sepatutnya dinaikkan.Bukan hanya memberi alasan negara lain lebih mahal dan hanya menunjukkan statistik susbidi yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Alasan kedua yang diberi kerajaan ialah dimana kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6juta dan dengan duit ni banyak projek dan pembangunan lain untuk rakyat.Semoga janji-janji kerajaan ni benar dan bukan omong-omong kosong seperti projek mega email 1Malaysia yang kebanyakan rakyat membantah dan mempersoalkan rasionalnya projek tu.

Rasanya dengan kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang-barangan lain seperti barang-barang makanan yang berunsurkan gula dan yang menggunakan gula.Mungkin kenaikan harga gula ini akan menyebabkan sektor makanan seperti restoran-restoran untuk memberi alasan untuk menaikkan harga produk-produk mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...