Ads 468x60px

Pages

Saturday, May 7, 2011

Home » , , » Saham Bank Rakyat 2011 sudah dibuka

Saham Bank Rakyat 2011 sudah dibuka

Assalamualaikum..

Entry ni aku ambil dari blog peribadi aku sekadaruntukberkongsi..Saham Rakyat ni mula dibuka pada 6 April 2011.Memang lama orang ramai menunggu saham bank rakyat ni dibuka setelah sekian lama saham ni tidak dibuka untuk orang ramai.

Mengikut sumber sampai sekarang saham bank rayat ni masih lagi dibuka.Ini bermakna kuato 1 billion yang diperuntuk oleh Bank Rakyat masih ada.Bagi yang masih tidak tahu pasal Saham Bank Rakyat ini,saham ini merupakan satu-satu saham yang low risk seperti ASB.Bezanya saham ASB hanya mampu capai dividen 6-7% sahaja berbanding saham Bank Rakyat yang mampu memberi dividen sebanyak 15%.Dividen tahun 2010 yang lepas pun diisytiharkan sebanyak 15%.So,sesiapa yang berminat untuk melabur boleh pergi ke cawangan Bank Rakyat yang terdekat.

Untuk membeli saham Bank Rakyat ni di cawangan hanya dibenarkan sebanyak RM 500 sahaja.Sesiapa yang ingin menambah saham melebihi RM500 boleh isi borang kedua dan cawangan Bank Rakyat akan menghantar permohonan anda ke HQ Bank Rakyat dan akan diproses permohonan tambah saham dalam masa 6 bulan.Bagi yang hanya nak melabur sebanyak RM 500 tidak payah menunggu dan proses akan dilulus waktu juga.

Untuk memohon saham Bank Rakyat ni amat mudah.Hanya isi satu borang dan membayar sebanyak RM 500.Bagi yang tiada akuan simpanan Bank Rakyat hendakla membuka akuan dulu dan isi borang saham tersebut.Jangan lupa untuk membawa salinan kad pengenalan sewaktu pergi ke Bank Rakyat untuk memohan saham Bank Rakyat ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...