Ads 468x60px

Pages

Tuesday, May 31, 2011

Semakan Status Perjalanan Imegrisen Secara Online

Assalamualaikum.Tadi lepas blogwalking terjumpa di blog denaihati tentang Semakan Online status perjalanan Imegrisen.Mengikut Utusan Malaysia,3,974 individu yang disenarai hitam dan di kenakan tindakan sekatan perjalanan keluar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sekatan ini berkuatkuasa setelah pembayar cukai mengikut sistem taksiran sendiri gagal membayar cukai yang ditetapkan selepas April dan diikuti denda sehingga 1 Julai tahun berkenaan.Mereka yang tak membayar PTPTN ni pun boleh dikenakan sekatan ni.

Takut juga kalau termasuk dalam individu senarai hitam ni sebab dulu aku ada pinjam PTPTN.Lambat juga aku bayar.So,aku pun cuba semak status perjalanan imigresen secara online ni.Alhamdulillah aku tak termasuk dalam individu yang disekat perjalanan keluar negara.Walaupun hanya sekali ke luar negara kerana menjalankan umrah status ni penting juga.Mana tahu lepas ni ada hal untuk ke luar negara

Siapa yang nak lakukan semakan status perjalanan imegrisen secara online ni boleh ke http://sspi2.imi.gov.my.Walaupun kita tak termasuk dalam senarai hitam ni,harap-harap sesiapa yang pernah berhutang tu dapat bayar hutang.Takut akan datang masalah seperti tindakan mahkamah seperti apa yang berlaku pada abang aku semasa meminjam Yayasan Tenaga Nasional.Lagipun bahaya kalau hutang tak bayar sebelum meninggal dunia.

Paul Scholes Retires@Bersara

Paul Scholes Retires@Bersara

Assalamualikum.Nampaknya pemain midfielder lama Manchester United Paul Scholes bersara dari dunia bola sepak professional.Mengikut espnsoccernet ,Paul Scholes akan terlibat dalam club's coaching staff pula.

Paul Scholes merupakan salah seorang pemain Manchester United yang bermain seluruh kariernya di MU.Diamerupakan salah seorang pemain penting dalam kejayaan Manchester United memenangi Treble pada tahun1999 selain Neville, Ryan Giggs, David Beckham, Nicky Butt and Phil Neville.

Aku peminat bola sepak BPL@EPL ni.Sepanjang aku tengok Paul Scholes ni bermain,dia merupakan pemain yang terkenal dengan shot bahaya dia dari jarak jauh.Perlawanan terakhir Paul Scholes ialah final champions league 2010/2011 dimana Manchester United kalah kepada Barcelona.

TV AlHijrah di saluran 114 Astro

CTV AlHijrah di saluran 114 Astro

Assalmualaikum.Mulai 1 Jun ni TV AlHijrah akan dapat ditonton oleh pelanggan Astro di saluran 114.Siaran ini bermula pada pukul 7 pagi hingga  12 tengah malam pada hari Jumaat,Sabtu danAhad manakala pada hari Isnin hingga Khamis siarannya bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

TV AlHijrah ni bergenrekan kandungan Islam dan pasti akan memenuhi minat di kalangan umat Islam.TV ALHijrah inu juga akan memperkanalkan satu program relaiti yang diberi nama Solehah bagi mencari pendakwah di kalangan wanita.

Bagi aku saluran TV AlHijrah ni amat bagus kerana dapat menyeimbangkan dunia hiburan yang semakin bertambah.Dengan adanya saluran yang berunsurkan Islam ni dapat membantu umat Islam untuk menambah ilmu dan informasi mengenai Islam.

sumber:Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...