Ads 468x60px

Pages

Wednesday, August 24, 2011

Apple keluar iPhone 4 Version Lebih Murah

Assalamualaikum..


PEMBEKAL Apple Inc bagi pasaran Asia akan mula mengeluarkan versi yang jauh lebih murah bagi telefon pintar terlaris, iPhone 4 dengan menggunakan pemacu 8.0 gigabait (GB) lebih kecil, demikian menurut dua individu yang mempunyai pengetahuan terhadap perkara itu. 

Pemacu bagi iPhone 4 dengan kapasiti 8.0 GB kini dikeluarkan oleh sebuah syarikat Korea, katanya semalam tanpa menamakan syarikat berkenaan.

Apple kini menyumberkan pemacu bagi telefon pintar itu kepada syarikat Jepun, Toshiba dan firma Korea, Samsung Electronics. Sumber itu enggan dikenali kerana maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Apple, yang mahukan tahap kerahsiaan dan keselamatan yang tinggi daripada pembekal serta pekerjanya enggan memberi komen. Samsung turut enggan memberi komen mengenai perkara itu. 

Telefon pintar iPhone sedia ada dilancarkan pada Jun tahun lalu dengan versi 16 GB dan 32 BG, manakala versi berwarna putih diperkenalkan April lalu. 

Versi 8.0 GB dijangka dilancarkan beberapa minggu lagi, kata sumber itu. 

“Apple mahu meningkatkan kehadirannya di segmen pasaran sedang muncul yang mana pengguna mahu beralih kepada telefon pintar daripada telefon berciri tinggi yang biasanya berharga antara AS$150 hingga AS$200,” kata penganalisis Yuanta Securities, Bonnie Chang. 



Ulasan:Nampaknya Apple giat bersaing dengan Samsung mengeluarkan version iPhone 4 yang lebih murah seperti yang dilakukan Samsung Galaxy S.Yang peliknya iPhone 4 versi baru ni tetap hendak menggunakan cip buatan Samsung walaupun Apple pernah saman Samsung yang mengatakan Samsung meniru produk mereka..Ramai pengguna iPhone ni mengatakan dengan memory 8 GB tidak mencukupi.Tapi ni berita baik untuk peminat produk Apple untuk mendapatkan iphone 4 dengan harga yang murah.

Sunday, August 7, 2011

Keputusan Penuh FA Community Shield Manchester United Vs Manchester City

Assalamualaikum..

Hari ni perlawanan sebelum BPL bermula iaitu FA Community Shield antara Manchester United lawan Manchester City.Keputusan penuh Manchester United Vs Manchester City ialah 3-2.Manchester United berjaya memenangi trofi FA Community Shield walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Perlawanan Manchester United Vs Manchester City ni agak seimbang tapi pada separuh masa kedua Man.City agak kurang menyerlah.Manchester United memasukkan semua pemain baru mereka iaitu David De Gea,Phil Jones dan Ashley Young.

Gol Manchester United di jaringkan oleh Chris Smalling dan 2 dari Nani.Gol Manchester City dari Joleon Lescott dan Edin Dzeko.Tetapi pemain terbaru Manchester City Sergio Aguero tidak dimasukkan.Prestasi penjaga gol Davis De Gea masih jadi tanda tanya dengan bolos 2 gol.Mungkin patut diberi masa untuk lebih menyerlah.   

Preview LG Optimus 2X

Assalamualaikum

Preview LG Optimus 2X

Entry ini aku nak beri sedikit preview tentang LG Optimus 2X.Salah satu smartphone yang mampu menyaingi Samsung Galaxy S2 dan iPhone 4.LG Optimus 2X ni mempunyai screen yang besar iaitu 4 inchi.Tetapi lebih kecil berbanding dengan Samsung Galaxy S2.Tapi bila aku cuba test di kedai memang teruja rasanya nak memiliki smartphone ni.

Mengguna sistem operasi Android 2.2 Froyo dengan menggunakan processor ARM Cortex A9 1GHz dual-core LG Optimus 2X ni memang mampu kita menggunakan multi-task dan application dengan lancar dan panras.Walaupun LG Optimus 2X ini menggunakan android 2.2 ianyan boleh di upgrade kepada 2.3 gingerbread.

Mempunyai kelebihan kepada sesiapa yang suka bermain game kerana processor dilengkapi bersama graphic xard NVIDIA Tegra 2 yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2.Lebih banyak game dapat di main dengan Tegra 2.Bukan hanya game di android market saje.Pengguna juga boleh mencari game yang disediakan oleh Tegra.

Port HDMI yang dilengkapkan pada LG Optimus 2X membolehkan pengguna menyambung smartphone di mana-mana TV yang memiliki HDMI port.So,kita boleh melihat movie dan bermain game yang ada di dalam phone tersebut di TV.Kualiti video LG Optimus 2X ni memang cantik.Apabila tauke kedai tunjuk aku beberapa video termasuk video HD apa yang aku dapat cakap memang antara gambar yang cantik pernah aku tengok di handphone.

Telefon ini dilengkapi dengan kamera 8 megapixel dan flash LED.Setting phone mudah diakses di sebelah dengan pilihan mod scene,mod fokus,mod rakaman dan tetapan ISO yang lain.Kelebihan lain LG Optimus 2X ni ianya membolehkan kita membuat panggilan video dengan 1.3 megapixel kamera.

Bagi aku LG Optimus 2X antara smartphone tercanggih yang ada di pasaran.Dengan harga RM1800 untuk origina set dan RM 1400 untuk AP set phone ni jauh lebih murah berbanding persaing lain seperti Samsung Galaxy S2 yang mencapai harga RM2000.Untuk siapa yang berminat boleh lihat video di bawah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...