Assalamualaikum..
Entri ni berkaitan dengan entry sebelum ni...mengikut Malaysiakini ,Bernard Dompok Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi berkata..
"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.
"Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," katanya.
Bagi aku penyataan yang Bernard ni bagi bagi merupakan penyataan bodoh yang dicakap oleh seorang menteri.Memang tak disangkal tiada dalm perlembembagaan yang tidak menetapkan agama untuk menjadi perdana menteri.Tapi dia kena ingat kita ni sebuah negara Islam...Ya Malaysia sering mengatakan kita ni negara Islam contoh.Kalau negara Malaysia sebuah negara Islam contoh.Apa yang patut Malaysia lakukan ialah mengamalkan pemerintahan Islam.
Persoalannya bagaimana seorang Kristian hendak memerintah negara Islam.Seorang pemimpin tertinggi dalam negara Islam sepatutnya mempunyai ilmu yang tinggi dalam agama Islam.Dan bagaimana seorang Kristian merangka perancangan dalam negara yang sesuai dengan kehendak Islam dan tak melanggar syariat Islam.
Ada sumber mengatakan konspirasi ni sebenarnya didalangi oleh UMNO jugak.Nak menaikkan kemarahan sesuatu kaum dan parti pakatan.Kalau betul perkara ni suatu konspirasi tolongla pemimpin Malaysia.Cukupla dengan konspirasi-konspirasi ni...cuba memimpin dengan jujur dan tidak menggunakan konspirasi-konspirasi untuk memancing undi.Kami rakyat sudah jelik dah bosan dengan politik sekarang.