Ads 468x60px

Pages

Friday, June 24, 2011

Review dan Spesifikasi Samsung Galaxy S 2

Review dan Spesifikasi Samsung Galaxy S 2

Assalamualaikum.Baru-baru samsung telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S 2.Galaxy S II ni lebih nipis iaitu kurang 1 mm berbanding dengan versi pertama sebelum ni.Rasa-rasanya produk terbaru samsung ni akan menjadi pencabar utama iPhone 4 sebab mempunyai sepesifikasi yang lengkap dan menarik

Sesiapa yang inginkan smartphone yang laju dan pantas Samsung Galaxy S 2 ni patut jadi pilihan utama sebab smartphone ni mempunyai processor yang laju iaitu Dual Core 1.2GHz berbanding hanya 1GHz versi pertama.Galaxy S 2 juga menggunakan skrin super AMOLED PLUS yang cukup mengagumkan dan akan menghasilkan paparan gambar yang cantik dan cerah walaupun berada jauh di bawah sinaran matahari.

Bagi yang suka ambil gambar Samsung Galaxy S 2 memang sesuai sebab smartphone ni mempunyai kamera 8 megapixel di bahagian belakang dan 2 megapixel kamere hadapan.Kamera ni juga membolehkan kita merakam video HD.

Samsung Galaxy S 2 mengunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread yang mempamerkan hubungan dengan cekap.Sebagai contoh,pengguna boleh ,elihat status Facebook dan IM rakan yang didapati pada satu ikon tanpa perlu menyemak laman ke laman.

Bagi yang suka melayari internet Samsung Galaxy S 2 menjanjikan kepuasan pada anda sebab ianya dilengkapai sistem internet yang pantas.Galaxy S 2 ini mempunyai sistem perkongsian WiFi sehingga 8 laptop dan komputer.So,memang memudahkan jika ingin berkongsi wifi beramai-ramai.Samsung Galaxy S 2 ni boleh didapati di pasaran dengan harga RM 2100 hingga RM 2300.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...