Ads 468x60px

Pages

Saturday, May 7, 2011

Home » , , , » PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Assalamualaikum..


PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Semalam pada hari Jumaat 5 Mei Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak kita meluangkan masa beliau untuk ke udara di HOT FM.Perdana Menteri Najib di Hot FM pada pukul 7:30 a.m hingga 8:30 a.m...Aku rasa Najib ni memang bijak nak mendekati golongan-golongan muda...bagi aku inisiatif perdana menteri ni memang bagus...tapi diharapkan PM kita ni ikhlas....bukan hanya semata-mata nak memancing undi untuk PRU akan datang ni...yela sejak akhir-akhir ni banyak sangat kita dengar perancangan dan projek-projek untuk orang-orang muda ni..

Tak sangka pula PM kita ni kelakar rupanya dan amat spotting..Sewaktu Kieran dan Farah Fauzana buat lawak pun Najib buat relax je...banyak juga la PM kita ni buat lawak...yang paling saya suka bila dia buat lawak memerli liverpool...Najib kata dia ni fan MU...dia cakap,"MU ade MU TV kan..Chelsea pon adekan..tapi liverpool ni ada history channel"..heheh..maksud dia kononnya Liverpool ni dah jadi sejarah la...tak mampu nak bersaing lagi...

Waktu tu juga Najib buat satu pengisyhtiharan di HOT FM yang tak lama lagi rumah yang mampu orang muda milik akan dibina...kata PM rumah ni bawah RM 220 000...PM kata rumah ni nanti murah sebab dia arahkan pemaju perumahan tu tidak ambil untung dari projek dan kerajaan akan sediakan tanah...kira ni projek tanggungjawab sosial korporat(CSR)..ada ke pemaju buat rumah taknak buat untung???..okla..kita tengok dan lihat nanti...Mengikut perdana menteri juga rumah-rumah ni juga boleh dibeli di bawah skim rumah pertamaku (SRP)...Kalau projek ini berjalan semoga ini dapat membantu orang muda untuk memiliki rumah sendiri.

PM ada gak cakap di HOT FM yang pilihan raya umum (PRU)  mungkin akan diadakan bulan 11 tahun ni...dia kata banyak benda keramat berlaku bulan 11 ni dekat keluarga dia...So,siapa yang tak daftar undi tu bolehla daftar sekarang.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...