Ads 468x60px

Pages

Saturday, May 7, 2011

Home » , » Selamat Hari Ibu 2011

Selamat Hari Ibu 2011

Assalamualaikum..

Besok dimana Hari Ibu diraikan.Walaupun kita sepatutnya memberi kasih sayang pada ibu kita setiap hari,tapi tidak salah kalau kita beri sedikit ucapan kepada ibu kita sebagai penghargaan pada ibu.
Hari ibu ni juga dapat mengingatkan segala jasa ibu kita yang mungkin kita terlupa atau alpa sedikit.

Sempena Hari Ibu ni aku hendak menceritakan sedikit jasa ibu aku sewaktu saa sakit selama 3 tahun sebagai terima kasih aku kepda ibu saya.Aku telah mengalami penyakit pelik selamat 3 tahun selepas aki habis study di UiTM.Walaupun aku menyebabkan ibu aku menangis setiap hari ibu aku tak pernah mengalah untuk mengubati saya.Apa sahaja jenis perubatan yang dia dengar dia akan hantar saya berubat.

Disebabkan terlalu risau dengan penyakit yang berlaku pada aku,ibu aku telah mengalami penyakit kemurungan dan tidak boleh tidur hampir sama dengan penyakit aku.Tetapi tidak seteruk diri aku.Walaupun ibu aku tidak boleh tidur seperti aku,dia tetap bertanya "Faiz,semalam boleh tidur tak"...kadang-kadang aku terasa diri ni begitu tak berguna.Langsung tak mampu membalas jasa seorang ibu walaupun berjaya mencapai cita-cita untuk mendapat degree.

Banyak lagi pengorbanan yang ibu aku lakukan sepanjang aku sakit.Semoga ianya menjadi semangat pada diri aku supaya sentiasa mengingati apa yang ibu aku lakukan selama ni.Sebab tu la sempena Hari Ibu esok aku harap semua orang cuba muhasabah diri apa yang kita telah berikan kepada ibu kita.Adakah setimpal dengan segala yang mereka berikan pada kita.Walaupun berapa banyak sumbangan kita lakukan pada ibu kita tak mungkin dapat membalas rasa sakit ibu kita melahirkan kita selama 9 bulan hinggala kita berjaya sampai sekarang.

Selamat Hari Ibu untuk semua.Hargai ibu kita sementara mereka masih hidup...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...