Assalamualaikum..
Sejak akhir-akhir ni isu biasiswa JPA pulak timbul bila Ketua Pemuda MCA,Datuk Dr Wee Ka Siong mengkritik wujudnya salah guna kuasa di agensi terbabit.Perkara sebnar kita tak tahu.Wallahualam
Biasiswa JPA ni diberi kepada 2 permohonon iaitu Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).Ianya bergantung kepada bidang yang dipohon oleh pemohon.Selalunya biasiswa JPA ni diberi kepada bidang yang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi, termasuk sains sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam di negara ini.
Sebab tula tak semestinya pelajar cemerlang yang mendapat 13A+ akan menerima biasiswa JPA ni sebab kriteria pemilihan hanya berdasarkan kepada keputusan 9A+.Antara Kriteria penting yang lain bagi pemilihan dan penawaran biasiswa JPA ni ialah:
- Pencapaian akademik
- Pembabitan dalam kokurikulum
- Sosioekonomi dan latar belakang keluarga
- Prestasi ketika temu duga.
Mereka yang memohon biasiswa JPA ni perlu tahu fakta sebenar tentang penawaran biasiswa JPA ni supaya tidak timbul salah faham:
- Jumlah keseluruhan permohonan yang diterima oleh JPA bagi PILN: 16,900
- Jumlah biasiswa PILN yang ditawarkan: 1,500
- Jumlah pelajar yang layak menerima biasiswa PILN: 300
- Jumlah biasiswa PIDN dan PILN: 4,000 biasiswa
0 comments:
Post a Comment