Ads 468x60px

Pages

Friday, June 3, 2011

Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Hong Kong:3 Jun 2011

Perlawanan Pesahabatan Malaysia Vs Hongkong:3 Jun 2011

Assalamualaikum...Hari ni perlwanan persahabatan Malaysia Vs Hong Kong akan berlangsung sebelum persiapan Malaysia menghadapi perlawanan pusingan pertama kelayakan piala dunia lawan Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai ini.

Memang teruja nak tengok perlawanan Malaysia lawan Hong Kong walaupun sekadar perlawanan persahabatan.Malaysia tidak pernah lagi kalah setelah menjulang Piala Suzuki AFF tahun lepas.Perlawanan Malaysia Vs Hongkong ni akan menampilkan semula penyerang kebangsaan kebangsaan Mohd Safee Sali yang bakal berganding dengan Norshahrul Idlan Talaha.

Perlawanan Malaysia Vs Hong Kong ni akan menguji kemampuan Safee Sali selepas cemerlang bermain untuk Pelita Jaya.Perlawanan ni juga mengharapkan aksi cemerlang dari pemain seperti Norshahrul,S Chanturu,Shahrizal Mohd Saad dan Abdul Hadi Yahaya.Perlawanan ni tak silap berlangsung pukul 8 malam di Siu Sai Wan Sports Ground,Hong Kong.

Skuad Malaysia lawan Hong Kong:

Penjaga gol
Sharbinee Allawee
Nasril Nourdin
Syed Adney


Pertahanan
Aidil Zafuan
Asraruddin
Azmi Muslim
Nasriq Baharom
Hisyamudin Shaari
Helmi Rameli
Shahrul Kalam
Farisham


Tengah
Safiq Rahim
Amar Rohidan
Azidan Sarudin
S Kunanlan
Ashari Samsudin
S Chanturu
Amirulhadi 
Badrol Bakhtiar
Ismail Faruqi


Penyerang
Norshahrul Idhlan Talaha
Safee Sali
Shahrizal Saad
Abdul Hadi Yahaya

            Harian Metro
updated:Keputusan penuh Malaysia Vs Hong Kong berkesudahan dengan seri 1-1.Tahniah kepada pemain Malaysia kerana masih mengekalkan keputusan tanpa kalah.

Asas Mengembangkan Perniagaan Internet@Online Bussiness

Asas Mengembangkan Perniagaan Internet@Online Bussiness

Assalamualaikum.Aku rasa zaman sekarang ni ramai yang berminat nak menceburi dalam bidang perniagaan internet.Dalam perniagaan internet atau online bussiness ni perkara yang yang paling penting platform apa yang boleh kita gunakan untuk mengembangkan perniagaan itu.

Entry ni aku nak kongsi satu asas mengembangkan perniagaan internet yang ditulis oleh Irfan Khairi dalam majalah Solusi yang dikenali sebagai Kuasa Tiga Perniagaan Internet.Kita tahu 3 platform yang menjadi kuasa dalam internet sekarang ini ialah Facebook,laman web dan blog.Dalam kuasa tiga ini ketiga-tiga platform ini diguna pakai untuk perniagaan kita berkembang lebih bagus.

1) Laman Web
Rasanya semua itu apa itu laman web atau webpage ni.Even perniagaan lain perlu menggunakan laman web bertujuan untuk memberitahu info mengenai perniagaan mereka supaya meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelawat kita untuk membuat belian atau mebggunakan perkhidmatan kita..Begitu juga dengan perniagaan internet.Laman web amat penting untuk mengembangkan perniagaan internet.Beza antara laman web dengan blog ialah laman web lebih statik dan jarang dikemaskini.Sesuatu laman web seringkali berfungsi untuk "menjual" apa yang kita niagakan.Sebagai contoh menjual di mudah.my

2) Blog
Blog bagi aku amat penting dalam mengembangkan perniagaan internet.Blog mempunyai gaya dan rupa berbeza dengan laman web.Perbezaan untama sesuatu blog ialah pembaca boleh meninggalkan komen balas kepada pemilik blog.So,blog lebih bersifat interaktif.Blog ni biasanya selalu dikemas kini dengan info-info terbaru.Apa yang paling penting blog ni pemiliknya perlu sentiasa berhubung dengan pembaca supaya dapat menarik pelawat untuk datang berulang-ulang.

3) Facebook
Facebook ini lebih kepada hubungan sosial.Facebook ini penting dalam perniagaan internet kerana ianya platform yang paling popular dalam jaringan sosial selain daripada Twitter.So,Facebook ini amat penting dalam menjalainkan hububgan nesra antara perniagaan dan pengguna.Tapi mengikut pengalaman aku perniagaan internet akan berkembang cepat dan lebih jika akuan Facebook kita mempunya bilangan rakan yang ramai.

4) Gabungan
Jika kita gabungkan antara 3 platform tersebut,perniagaan internet akan menjadi lebih mantap dan akan lebih cepat berkembang.Laman web digunakan untuk menjual apa sahaja yang kita niagakan,blog digunakan untuk mencipta kepercayaan dan kesetiaan pelanggan dan Facebook pula dalam membina hubungan antara perniagaan dan pengguna.

So,kesimpulannya asas perniagaan internet ini ialah networking.Forum dan email boleh juga digunakan untuk mengembangkan perniagaan internet.Tapi amaran daripada aku jangan sesekali melakukan aktiviti spam dalam perniagaan internet.Tanpa networking yang besar atau jalinan yang baik antara perniaga dan pengguna perniagaan susah nak berkembang.Jika ditanya kepada aku.Apakah perniagaan internet tanpa modal.Jawapan aku ialah blog dan affiliate.Even blog niche yang berbentuk personal atau hal-hal peribadi pun kita boleh jadikan sebagai perniagaan.Yang penting dalam perniagaan internet ni ialah asas,ilmu dan usaha.Jangan tertipu dengan tawaran lumayan yang tidak memerlukan usaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...