Ads 468x60px

Pages

Wednesday, June 1, 2011

Dana Belia 1Malaysia

Assalamualaikum.Entry ni aku nak kongsi pasal Dana Belia 1Malaysia ni.Baru-baru ni dana ni diperuntukan sebanyak  RM 20 juta bertujuan membuka peluang kepada golongan belia mencetuskan kreativiti mereka bagi manfaat masyarakat.
Dana Belia 1Malaysia

Dana Belia 1Malaysia ni sebanarnya satu geran untuk projek yang diluluskan melalui permohonan di laman web dana tersebut.Buat masa ini 6 permohonan telah diluluskan melalui dana belia ni yang berjumlah RM 2 juta.Terdapat baki lagi RM 18 juta untuk para belia cuba mohon geran untuk projek mereka melalui dana ini.

Sesiapa yang berminat untuk mohon Dana Belia 1Malaysia ni projek yang dibenarkan ialah projek yang tidak menguntungkan diri sendiri sahaja.Projek yang hanya menolong masyarakat menjadi lebih berkualiti.Mengikut blogger joegrimjow yang berjaya dapat dana ini untuk berjaya pemohon hendakla melalui 4 peringkat:

1)Isi Borang Online
  • Sila baca panduan dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu dengan teliti. 
  • Hantarkan kertas cadangan secara online di www.1mdb.com.my/danabelia, atau poskan kepada alamat Dana Belia 1Malaysia, Level 8, Menara IMC, 8, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur
  • Panel Penilai akan membuat penilaian kepada semua permohonan. Anda mungkin akan dipanggil untuk membuat pembentangan kertas kerja.
2)Tapisan dari juri

Borang online  ini akan ditapis oleh juri yang dilantik. Masa yang diambil lebih kurang 2-3 bulan.

3)Presentation Projek

Selepas nama anda disenarai pendek,anda akn dipanggil untuk membentangkan projek anda didepan juri.

4)Tapisan dari Perdana Menteri

Bagi yang betul-betul layak, pihak dana akan sampaikan list akhir kepada Perdana Menteri.

Siapa yang layak mohon Dana Belia 1Malaysia:

1)Individu berusia 15-40 tahun
2)Organisasi Belia 
3)NGO berdaftar yang menggalakkan program pembangunan belia

Walaupun Dana Belia 1Malaysia ini bertujuan membantu belia untuk menyampai kretiviti dan inovasi mereka, projek yang hendak dipohon hendakla relevan dari segi kos dan projek tersebut.Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dana belia 1Malaysia ni boleh ke laman web http://www.1mdb.com.my/danabelia.

Yayasan Biasiswa Persatuan Komanwel Diraja Malaysia@Yayasan Biasiswa RCS

Assalamualaikum.Ramai yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS tempatan tetapi tidak mampu.Berita baik kepada mereka berhasrat untuk menyambung pelajaran ke IPTS tempatan kerana Persatuan Komanwel Diraja (RCS) cawangan Malaysia pada 16 Mei lepas melancarkan Yayasan Biasiswa Persatuan Komanwel Diraja Malaysia (Yayasan Biasiswa RCS) bagi membolehkan pelajar dari semua negara Komanwel termasuk rakyat tempatan.

Yayasan Biasiswa RCS ni lebih kepada satu badan amanah yang bakal menyediakan peluang kepada anak negara Komanwel dengan latar belakang kurang berkemampuan, bagi menyerlahkan potensi mereka.

Terdapat 12 IPTS tempatan mengambil bahagian menawarkan tempat kepada penerima Yayasan Biasiswa RCS Malaysia bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana selain Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang.

Biasiswa RCS ni meliputi kursus kritikal tertentu yang terdiri daripada bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejururawatan dan kejuruteraan serta kursus seperti teknologi maklumat, hospitaliti, seni bina, seni lukis dan seni reka.

Calon yang layak untuk menerima biasiswa dari Yayasan Biasiswa RCS ialah pelajar  yang memenuhi keperluan akademik kursus-kursus yang ditawarkan dan datang daripada latar belakang yang memerlukan serta menunjukkan ciri-ciri serta penampilan seseorang yang berpotensi tinggi untuk masa hadapan layak dipertimbangkan untuk biasiswa ni.

Yayasan Biasiswa RCS akan memperuntukkan sebanyak 70 peratus daripada jumlah keseluruhan biasiswa kepada pelajar warga asing negara anggota Komanwel, manakala bakinya dibuka kepada pelajar tempatan supaya pendedahan budaya antara negara Komanwel dapat dapat dipelajari antara satu sama lain.

sumber:bernama

Pasukan baru yang ke BPL/EPL musim 2011/2012

Assalamualaikum.Baru-baru ni berakhir English Premier League(EPL) yang berakhir dengan kejuaraan trofi milik Manchester United.Untuk musim 2011/2012 ni 3 pasukan yang naik ke BPL/EPL ni ialah:

1)Queens Park Rangers
2)Norwich City
3)Swansea City

Manakala 3 pasukan EPL iaitu Birmingham,Blackpool dan West Ham United turun ke English League Championship.Malangnya pasukan yang ditaja Malaysia iaitu Cardiff City tidak berjaya naik ke English Premier League.

Karnival Inovasi Islam Masjid Negara

Assalamualaikum.Pada 2 hingga 5 Jun ni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Karnival Inovasi Islam Masjid Negara.Karnival ini akan mempamerkan pelbagai bentuk inovasi yang berkonsepkan Islam.

Karnival Inovasi Islam Masjid Negara ini akan dirasmikan oleh  Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun 2011.Diharapkan sasaran karnival Islam ni dapat tercapai iaitu seramai 300,000 hingga 450,000 pengunjung kerana bagi aku karnival begini la dapat mendedahkan umat Islam dengan kehebatan Islam sebenar.

Antara program yang akan diadakan di Karnival Inovasi Islam ni ialah:

  1. seminar
  2. bengkel
  3. pameran
  4. pertandingan
  5. ekspo jualan 
Di Karnival Inovasi Islam Masjid Negara ini juga akan berlangsung Forum Hal Ehwal Islam dan sesi bertemu peserta program realiti Imam Muda musim kedua dan rancangan Adik-Adikku.

sumber:mynewshub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...