Ads 468x60px

Pages

Friday, May 20, 2011

PROSPEK Ganti Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Assalamualaikum..

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan pada Januari lepas akan digantikan dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK)...PROSPEK ni akan ganti PTK dan dilaksanankan pada Julai depan...

Sebelum ni kerajaan mengatakan untuk menggantikan PTK dengan 360 darjah...tetapi ada banyak persoalan tentang 360 darjah terutamanya tentang ketelusan untuk menilai penjawat kerajaan ni dan tentang pilih kasih...Tetapi konsep PROSPEK ni menjawab segala persoalan ni...

PROSPEK ni melibatkan 8 prinsip penilaian baru iaitu falsafah,tujuan,dimensi kompetensi,kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi,fleksibiliti,kawalan kualiti,ganjaran dan pencapaian penilaian...Inisiatif PROSPEK ni sebenarnya bagi aku memang bagus sebab tidak ada lagi kenaikan pangkat yang berdasarkan ujian dan peperiksaan semata-mata seperti PTK...

Sistem PROSPEK ni dinialai oleh panel penilai berwibawa dianggotai oleh oelh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat...Untuk menggelakkan timbul ketidakadilan dalam penilaian ni panel akan bertukar setiap tahun...walaupun panel saling berganti aku rasa mungkin sikap pilih kasih boleh berlaku dalam konsep PROSPEK ni...dan mungkin wujud juga golongan yang suka mengipas dan tidak ikhlas berkerja...

Mekanisma Penilaian Panel Penilai dalam PROSPEK:
1)JPA akan mengeluarkan surat pekeliling berhubung Garis Pansuan mengenai Panel Penilai selepas berbincang dengan CUEPEACS
2)Panel penilai akan diwujudkan di setiap agensi dan jabatan kerajaan mengikut keperluan masing-masing
3)Panel penilai boleh menerima menolak atau mengharmonikan keputusan dan menentukan tahap kompetensi serti potensi kakitangan awam.

Diharapkan PROSPEK ni dapat meningkatkan lagi perkhidmatan bagi penjawat kerajaan.Mungkin dengan laksananya PROSPEK ni pekerja kerajaan akan bersungguh-sungguh untuk berkerja dan seentiasa meningkatkan mutu kerja.

sumber: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...