Assalamualikum.Nampaknya kadar tarif elektrik akan naik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam mulai 1 Jun 2011 ni.Tapi kadar tarif baru ni hanya melibatkan pengguna domestik yang menggunakan 300 kilowatt sejam keatas.
Kenaikan kadar tarif ni disebabkan kesan penyelarasan harga gas dari RM10.70 setiap MMBtu kepada RM13.70 setiap MMBtu.Tapi apa yang menggembirakan rakyat di mana pengguna yang domestik yang menggunakan elektrik dengan bil RM20 ke bawah adalah percuma dan mereka yang dikenakan bil di bawak RM77 tidak mengalami sebarang kenaikan.Bagi aku ini inisiatif yang bagus dari kerajaan supaya ianya tidak membebankan rakyat yang berperdapatan sederhana.
Mengikut Buletin Utama kenaikan tarif elektrik ni juga disebabkan harga gas asli yang meningkat sebanyak 28%.Di bawah ni ialah Jadual Penyelarasan Kadar Elektrik mulai 1 Jun ni:
sumber:mynewshub
0 comments:
Post a Comment