Ads 468x60px

Pages

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu 2011

Assalamualaikum..

Besok dimana Hari Ibu diraikan.Walaupun kita sepatutnya memberi kasih sayang pada ibu kita setiap hari,tapi tidak salah kalau kita beri sedikit ucapan kepada ibu kita sebagai penghargaan pada ibu.
Hari ibu ni juga dapat mengingatkan segala jasa ibu kita yang mungkin kita terlupa atau alpa sedikit.

Sempena Hari Ibu ni aku hendak menceritakan sedikit jasa ibu aku sewaktu saa sakit selama 3 tahun sebagai terima kasih aku kepda ibu saya.Aku telah mengalami penyakit pelik selamat 3 tahun selepas aki habis study di UiTM.Walaupun aku menyebabkan ibu aku menangis setiap hari ibu aku tak pernah mengalah untuk mengubati saya.Apa sahaja jenis perubatan yang dia dengar dia akan hantar saya berubat.

Disebabkan terlalu risau dengan penyakit yang berlaku pada aku,ibu aku telah mengalami penyakit kemurungan dan tidak boleh tidur hampir sama dengan penyakit aku.Tetapi tidak seteruk diri aku.Walaupun ibu aku tidak boleh tidur seperti aku,dia tetap bertanya "Faiz,semalam boleh tidur tak"...kadang-kadang aku terasa diri ni begitu tak berguna.Langsung tak mampu membalas jasa seorang ibu walaupun berjaya mencapai cita-cita untuk mendapat degree.

Banyak lagi pengorbanan yang ibu aku lakukan sepanjang aku sakit.Semoga ianya menjadi semangat pada diri aku supaya sentiasa mengingati apa yang ibu aku lakukan selama ni.Sebab tu la sempena Hari Ibu esok aku harap semua orang cuba muhasabah diri apa yang kita telah berikan kepada ibu kita.Adakah setimpal dengan segala yang mereka berikan pada kita.Walaupun berapa banyak sumbangan kita lakukan pada ibu kita tak mungkin dapat membalas rasa sakit ibu kita melahirkan kita selama 9 bulan hinggala kita berjaya sampai sekarang.

Selamat Hari Ibu untuk semua.Hargai ibu kita sementara mereka masih hidup...

Kematian Osama Bin Laden suatu propaganda??

Assalamualaikum...

Dunia kita digemparkan dengan kematian Osama bin Laden pada 2 Mei 2011 yang lepas.Tapi kita boleh nampak seperti kematian Osama bin Laden ni sekadar sesuatu propaganda Amerika yang ingin meningkat ekonomi mereka yang semakin merudum sejak akhir-akhir ni.

Banyak kekeliruan yang berlaku apabila kematian Osama ni diumumkan oleh Obama.Bagaimanan seorang yang diburu sekian lama oleh Amerika sejak tahun 2011 tidak ditunjukkan bukti kukuh seperti gambar mayat Osama bin Laden ni...Mayat Osama dikatakan hanya dicampakkan ke dalam laut.

Ada sumber juga mengatakan Osama bin Laden ini dikatakan hanya watak rekaan Amerika Syarikat untuk menguasai Afghanistan untuk mendapat sumber bumi di Afghanistan terutamnya minyak yang banyak di Afghanistan.Dikatakan US telah mewujudkan kumpulan Al-Qaeda yang dikatakan menjadi dalang terhadap serangan yang berlaku di New York and Washington pada Sept. 11, 2001.US dikatakan mejadikan kejadian ni satu alasan untuk mengaitkan Al-Qaeda dengan Taliban yang merupakan pejuang Islam di Afghanistan.Dengan itu US dapat menyerang Afghanistan dan menguasai segaa hasil di Affghanistan.Kalau berita ini satu kebenaran nampaknya ramai orang Islam tertipu dengan propaganda Amerika yang begitu zalim ni.

Jika benar Osama bin Laden ni benar pejuang Islam dan kematian Osama itu benar,sama-sama la kita berdoa semoga beliau tergolong dengan orang-orang yang mati syahid.Pemimpin-pemimpin Malaysia tak sepatutnya menyokong Amerika yang kematian Osama ni dapat memulihkan keamanan dunia ini.Padahal US sebenarnya pengganas sebenarnya yang sanggup lakukan apa sahaja demi mengaut hasil ekonomi negara Islam.Seperti belaku di Iraq,alasan senjata nuklear digunakan.Padahal tiada langsung senjata nuklear dijumpai semsa serangan itu.So,janganla semata-mata ingin mengipas Amerika pemimpin kita ni sanggup menyokong kafir laknatullah yang sanggup lakukan apa sahaja demi menjatuhkan umat Islam

Malaysia Akan Jadi Negara Kristian

Assalamualaikum..

Entry ni memang mengejutkan bila kita sudah mula dapat melihat mission parti DAP iaitu nak menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan ingin melantik orang Kristian sebagai Perdanan Menteri.Mengikut Utusan Malaysia wakil rakyat DAP,Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu...

Kalau betul la ni cita-cita DAP untuk jadikan Malaysia negara Kristian nampaknya parti DAP memang sudah melampui batas.Sepatutmya mereka bersyukur kerana diberi peluang duduk di negara Malaysia yang terkenal dengan negara Islam dan Melayu sejak Malaysia dikenal sebagai Tanah Melayu dan dah termaktub dalam rukun Malaysia yang Islam ni agama rasmi Malaysia.

Tapi kita tidak boleh mempercayai 100% perkara ni kerana mungkin ianya satu propaganda politik.So,umat Islam sekalian sanggup ke melihat orang cina mengusai Malaysia ni kalau DAP memerintah Malaysia ni.So,sama-sama la bertindak jujur di dalm memimpin negara dan berpolitik.Jangan sibuk nak menghentam sesamam agama dan bangsa.Mengapa perlu fitnah menfitnah antara satu sama lain.Padahal bangsa lain mengambil kesempatan terhadap tindakan bodoh bangsa Melayu menghentam dan menjatuhkan sesama sendiri.Jadikan Islam sebagai tunjang untuk memerintah.Jadikan pemerintahan Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh pimpinan negara.Kami sebagai rakyat tak sanggup melihat Malaysia ni jatu seperti Singapura dikuasai oleh orang Cina..

Saham Bank Rakyat 2011 sudah dibuka

Assalamualaikum..

Entry ni aku ambil dari blog peribadi aku sekadaruntukberkongsi..Saham Rakyat ni mula dibuka pada 6 April 2011.Memang lama orang ramai menunggu saham bank rakyat ni dibuka setelah sekian lama saham ni tidak dibuka untuk orang ramai.

Mengikut sumber sampai sekarang saham bank rayat ni masih lagi dibuka.Ini bermakna kuato 1 billion yang diperuntuk oleh Bank Rakyat masih ada.Bagi yang masih tidak tahu pasal Saham Bank Rakyat ini,saham ini merupakan satu-satu saham yang low risk seperti ASB.Bezanya saham ASB hanya mampu capai dividen 6-7% sahaja berbanding saham Bank Rakyat yang mampu memberi dividen sebanyak 15%.Dividen tahun 2010 yang lepas pun diisytiharkan sebanyak 15%.So,sesiapa yang berminat untuk melabur boleh pergi ke cawangan Bank Rakyat yang terdekat.

Untuk membeli saham Bank Rakyat ni di cawangan hanya dibenarkan sebanyak RM 500 sahaja.Sesiapa yang ingin menambah saham melebihi RM500 boleh isi borang kedua dan cawangan Bank Rakyat akan menghantar permohonan anda ke HQ Bank Rakyat dan akan diproses permohonan tambah saham dalam masa 6 bulan.Bagi yang hanya nak melabur sebanyak RM 500 tidak payah menunggu dan proses akan dilulus waktu juga.

Untuk memohon saham Bank Rakyat ni amat mudah.Hanya isi satu borang dan membayar sebanyak RM 500.Bagi yang tiada akuan simpanan Bank Rakyat hendakla membuka akuan dulu dan isi borang saham tersebut.Jangan lupa untuk membawa salinan kad pengenalan sewaktu pergi ke Bank Rakyat untuk memohan saham Bank Rakyat ni.

PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Assalamualaikum..


PM@Perdana Menteri Najib di Hot FM

Semalam pada hari Jumaat 5 Mei Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak kita meluangkan masa beliau untuk ke udara di HOT FM.Perdana Menteri Najib di Hot FM pada pukul 7:30 a.m hingga 8:30 a.m...Aku rasa Najib ni memang bijak nak mendekati golongan-golongan muda...bagi aku inisiatif perdana menteri ni memang bagus...tapi diharapkan PM kita ni ikhlas....bukan hanya semata-mata nak memancing undi untuk PRU akan datang ni...yela sejak akhir-akhir ni banyak sangat kita dengar perancangan dan projek-projek untuk orang-orang muda ni..

Tak sangka pula PM kita ni kelakar rupanya dan amat spotting..Sewaktu Kieran dan Farah Fauzana buat lawak pun Najib buat relax je...banyak juga la PM kita ni buat lawak...yang paling saya suka bila dia buat lawak memerli liverpool...Najib kata dia ni fan MU...dia cakap,"MU ade MU TV kan..Chelsea pon adekan..tapi liverpool ni ada history channel"..heheh..maksud dia kononnya Liverpool ni dah jadi sejarah la...tak mampu nak bersaing lagi...

Waktu tu juga Najib buat satu pengisyhtiharan di HOT FM yang tak lama lagi rumah yang mampu orang muda milik akan dibina...kata PM rumah ni bawah RM 220 000...PM kata rumah ni nanti murah sebab dia arahkan pemaju perumahan tu tidak ambil untung dari projek dan kerajaan akan sediakan tanah...kira ni projek tanggungjawab sosial korporat(CSR)..ada ke pemaju buat rumah taknak buat untung???..okla..kita tengok dan lihat nanti...Mengikut perdana menteri juga rumah-rumah ni juga boleh dibeli di bawah skim rumah pertamaku (SRP)...Kalau projek ini berjalan semoga ini dapat membantu orang muda untuk memiliki rumah sendiri.

PM ada gak cakap di HOT FM yang pilihan raya umum (PRU)  mungkin akan diadakan bulan 11 tahun ni...dia kata banyak benda keramat berlaku bulan 11 ni dekat keluarga dia...So,siapa yang tak daftar undi tu bolehla daftar sekarang.



Salam Pengenalan

Assalamualaikum...

Entry pertama ni aku nak beri sikit pengenalan tentang blog ni.Sebenarnya blog ni kesinambungan dari blog aku iaitu sekadaruntukberkongsi.blogspot.com.Disebabkaan aku melihat ramai yang suka terhadap informasi yang baru dari luar negara dan dalam negara aku akan cuba menyampaikan informasi-informasi terbaru berserta pendapat dan ulasan aku.Aku akan cuba menyampaikan informasi tentang isu semasa,sukan,teknologi dan sedikit tentang pelaburan.So,nantikan entry-entry informasi dari aku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...