Ads 468x60px

Pages

Wednesday, May 25, 2011

Sistem pertukaran Guru Online 2010/2011

Assalamualaikum..


Pengumuman Kepada semua Guru-Guru dimalaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) akan menggunakan sepenuhnya sistem on-line e-G Tukar mulai Pertukaran Guru Disember 2010.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web KPM seperti berikut:


Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP), dan DG44(KUP) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran.Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan perisian excel) yang boleh diperoleh dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui syarat pertukaran,panduan permohonan e-GTukar dan guru-guru yang tidak layak untuk memohon sila layari lamanweb rasmi E-g Tukar di sini.

sumber:

[Website] Sistem pertukaran Guru Online 2010/2011

Harga minyak RON95,diesel dan LPG kekal

Assalamualaikum..


Harga minyak RON95, diesel dan LPG kekal

Berita baik untuk rakyat Malaysia bila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan Harga minyak RON95,diesel dan LPG kekal.Pengumuman ini suatu keputusan yang melegakan hati rakyat kerana aku rasa kenaikan harga minyak terutamanya minyak RON 95 dikekalkan.

Bagi aku minyak RON 95 tidak patut dinaikkan sebab kebanyakan penggunanya golongan yang susah dan sederhana.Subsidinya patut kekal.Apa yang patut kerajaan tumpukan ialah penyelewengan,rasuah dan korupsi antara pemimpin untuk mengurangkan beban hutan kerajaan.

Tetapi keputusan untuk mengekalkan harga minyak RON95,diesel dan LPG ni tidak dijamin jangka masanya.Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.


Mengikut mynewshub kenaikan tariff elektrik dan harga petrol RON 95 yang sepatutnya diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui hari ini ditangguhkan setelah kerajaan mengambil kira beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan.Kali terakhir semakan tarif elektrik dibuat ialah pada bulan Mac 2009 di mana tarif telah dikurangkan dari 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj.

Semoga pengekalan harga minyak RON 95 ni bukan bertujuan untuk memancing undi untuk PRU akan datang.Kerajaan kena cari alternatif lain untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan kerana kenaikan harga minyak dunia ni.

kredit: teratakarmo

Video Highlights Manchester United vs Juventus 1-2 Gary Neville Testimonial

Assalamualaikum..


Semalam diadakan perlawanan Manchester United vs Juventus sempena persaraan Gary Neville di Manchester United.Kiranya perlawanan ni khas tribute untuk Gary Neville.Banyak juga bekas pemain Manchester United main dalam match ni.Memang teruja aku nak tengok David Beckham bermain dalam perlawanan Manchester United vs Juventus ni sebab dah lama tak tengok dia main.Antara pemain-pemain lama yang main dalam perlawanan Gary Neville's Testimonial ni ialah David Beckham, Philip Neville and Nicky Butt.

Dekat sini aku letak video highlights Manchester United vs Juventus 1-2 Gary Neville Testimonial  ni..Perlawanan ni diakhiri dengan Manchester United 1-2 Juventus..Gol Manchester United dari Wayne Rooney..

Pemilihan dan Penawaran Biasiswa JPA hanya bagi bidang kritikal

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni isu biasiswa JPA pulak timbul bila Ketua Pemuda MCA,Datuk Dr Wee Ka Siong mengkritik wujudnya salah guna kuasa di agensi terbabit.Perkara sebnar kita tak tahu.Wallahualam

Biasiswa JPA ni diberi kepada 2 permohonon iaitu Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).Ianya bergantung kepada bidang yang dipohon oleh pemohon.Selalunya biasiswa JPA ni diberi kepada bidang yang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi, termasuk sains sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam di negara ini.

Sebab tula tak semestinya pelajar cemerlang yang mendapat 13A+ akan menerima biasiswa JPA ni sebab kriteria pemilihan hanya berdasarkan kepada keputusan 9A+.Antara Kriteria penting yang lain bagi pemilihan dan penawaran biasiswa JPA ni ialah:

  1. Pencapaian akademik 
  2. Pembabitan dalam kokurikulum 
  3. Sosioekonomi dan latar belakang keluarga 
  4. Prestasi ketika temu duga. 
Mereka yang memohon biasiswa JPA ni perlu tahu fakta sebenar tentang penawaran biasiswa JPA ni supaya tidak timbul salah faham:
  1. Jumlah keseluruhan permohonan yang diterima oleh JPA bagi PILN: 16,900 
  2. Jumlah biasiswa PILN yang ditawarkan: 1,500 
  3. Jumlah pelajar yang layak menerima biasiswa PILN: 300 
  4. Jumlah biasiswa PIDN dan PILN: 4,000 biasiswa 
sumber:berita harian


Awas!!!Lagi Kes Simbah Asid

Assalamualaikum..

Sebelum ni negara kita digemparkan dengan kes simbah asid yang dilakukan 2 lelaki bermotosikal.Sebanyak 24 orang jadi mangsa simbah asid ni dan semua mangsa adalah dari kalangan wanita dan kebanyakan dari bangsa Melayu.

Hari Jumaat lepas berlaku lagi kes simbah asid ni di Central Market@Pasar Seni di Kuala Lumpur.Kali ni bukan lagi melibatkan penjalan kaki tapi wanita membawa kereta pula menjadi mangsa.Kejadian berlaku pada pukul 7:30 pagi.

Mengikut thestar seorang lelaki bermotosikal telah mengutuk kereta mangsa tetapi mangsa tidak menghiraukan lelaki bermotosikal tersebut.Lelaki tu kemudiannya membuka sebiji botol dan menyimbah cecair berwarna pink di cermin hadapan kereta mangsa.Cecair tersebut kemungkinan sejenis asid.

Diharapkan kes simbah asid terbaru ni dapat memberi amaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati.Jangan sesekali membuka tingkap kereta jika ada orang tak dikenali ketuk.

Pengumuman Khas PM di Himpunan Sejuta Belia 2011

Assalamualaikum..

Pengumuman Khas PM di Himpunan Sejuta Belia 2011

Pada pada 27 hingga 29 hb Mei ni Himpunan Sejuta Belia 2011 akan dilangsungkan.PM kita akan membuat pengumuman khas pada hari Sabtu 28 hb di himpunan belia tersebut..Pengumum PM tu dikatakan pengumuman istimewa khas untuk para belia.

Himpunan Sejuta Belia 2011 ini akan diadakan di Putrajaya.Banyak aktiviti yang dilakukan pada himpunan tu termasukla layar skrin gergasi akan diletakkan di Persiaran Perdana bagi membolehkan orang ramai menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United dan Barcelona berkenaan bersama Perdana Menteri.Tak silap ada 200 acara untuk hari belia untuk tahun ni.

Bagi aku himpunan sejuta belia ni memang bagus untuk belia memandangkan banyak belia kita yang masih begitu pasif.Tidak menyertai sebarang aktiviti sosial yang menyebabkan mereka tak boleh survive di alam pekerjaan nanti.Kalau yang aktif pun banyak aktiviti tak faedah yang mereka lakukan.

Aku saran untuk kita ramai-ramai menyokong Himpunan Sejuta Belia 2011 ni supaya hasrat kerajaan untuk mengumpul sejuta belia tercapai.Untuk sesiapa yang hendak mendaftar boleh pergi laman web utama haribelianegara.

sumber:mynewshub
            


Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas Tidak Relevan

Assalamualaikum...

Aku taknak tulis pasal kelebihan kilang memproses nadir bumi yang ingin dibina di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd ni ....tu semua alasan pemimpin untuk menutup mulut rakyat dengan menggunakan fakta mengenai kelebihan kilang memproses nadir bumi...


Memang pembinaan kilang ini banyak kelebihan tapi keburukan kilang memproses nadir bumi ni lebih banyak berbanding dengan kelebihannya.Di sini aku sertakan kenapa kilang ni tidak relevan dan berisiko tinggi:

  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.
Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
 sumber:ariffshah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...