Assalamualaikum.Selepas ini pengguna boleh semak harga barang melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) secara online.Portal ini akan dikemas kini jika terdapat perubahan harga yang dijual di 1,255 premis perniagaan secara harian.
Portal 1Malaysia Pengguna Bijak ini akan dipantau 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan.
Premis yang mengambil bahagian di dalam Portal 1Malaysia Pengguna Bijak membabitkan 110 pasar raya besar, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 Kedai Serbaneka 24 Jam.Sejumlah 355 jenis barangan di pasar raya besar akan dipantau melalui portal berkenaan, 100 jenis di pasar raya, pasar basah (50 jenis) dan kedai serbaneka (100 jenis).
Antara harga barangan keperluan harian yang dipamerkan pada portal 1MPB ini ialah barangan keperluan dapur seperti ayam, ikan dan hasil laut, kicap, kunyit dan makanan kering.Ianya adalah saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan perbandingan harga semasa selain menjadi saluran untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif.
Pengguna juga boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menerusi ruang yang disediakan di Portal 1Malaysia Pengguna Bijak ini.diharapkan melalui pembangunan portal ini,1MPB akan memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat awal dan sendiri mengenai perkembangan harga terkini barangan keperluan pengguna di seluruh negara.
Untuk melayari Portal 1Malaysia Pengguna Bijak ini boleh pergi ke www.1pengguna.com
sumber:mynewshub