Ads 468x60px

Pages

Wednesday, June 1, 2011

Home » , , , » Yayasan Biasiswa Persatuan Komanwel Diraja Malaysia@Yayasan Biasiswa RCS

Yayasan Biasiswa Persatuan Komanwel Diraja Malaysia@Yayasan Biasiswa RCS

Assalamualaikum.Ramai yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS tempatan tetapi tidak mampu.Berita baik kepada mereka berhasrat untuk menyambung pelajaran ke IPTS tempatan kerana Persatuan Komanwel Diraja (RCS) cawangan Malaysia pada 16 Mei lepas melancarkan Yayasan Biasiswa Persatuan Komanwel Diraja Malaysia (Yayasan Biasiswa RCS) bagi membolehkan pelajar dari semua negara Komanwel termasuk rakyat tempatan.

Yayasan Biasiswa RCS ni lebih kepada satu badan amanah yang bakal menyediakan peluang kepada anak negara Komanwel dengan latar belakang kurang berkemampuan, bagi menyerlahkan potensi mereka.

Terdapat 12 IPTS tempatan mengambil bahagian menawarkan tempat kepada penerima Yayasan Biasiswa RCS Malaysia bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana selain Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang.

Biasiswa RCS ni meliputi kursus kritikal tertentu yang terdiri daripada bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejururawatan dan kejuruteraan serta kursus seperti teknologi maklumat, hospitaliti, seni bina, seni lukis dan seni reka.

Calon yang layak untuk menerima biasiswa dari Yayasan Biasiswa RCS ialah pelajar  yang memenuhi keperluan akademik kursus-kursus yang ditawarkan dan datang daripada latar belakang yang memerlukan serta menunjukkan ciri-ciri serta penampilan seseorang yang berpotensi tinggi untuk masa hadapan layak dipertimbangkan untuk biasiswa ni.

Yayasan Biasiswa RCS akan memperuntukkan sebanyak 70 peratus daripada jumlah keseluruhan biasiswa kepada pelajar warga asing negara anggota Komanwel, manakala bakinya dibuka kepada pelajar tempatan supaya pendedahan budaya antara negara Komanwel dapat dapat dipelajari antara satu sama lain.

sumber:bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...