Ads 468x60px

Pages

Wednesday, June 1, 2011

Home » , , » Dana Belia 1Malaysia

Dana Belia 1Malaysia

Assalamualaikum.Entry ni aku nak kongsi pasal Dana Belia 1Malaysia ni.Baru-baru ni dana ni diperuntukan sebanyak  RM 20 juta bertujuan membuka peluang kepada golongan belia mencetuskan kreativiti mereka bagi manfaat masyarakat.
Dana Belia 1Malaysia

Dana Belia 1Malaysia ni sebanarnya satu geran untuk projek yang diluluskan melalui permohonan di laman web dana tersebut.Buat masa ini 6 permohonan telah diluluskan melalui dana belia ni yang berjumlah RM 2 juta.Terdapat baki lagi RM 18 juta untuk para belia cuba mohon geran untuk projek mereka melalui dana ini.

Sesiapa yang berminat untuk mohon Dana Belia 1Malaysia ni projek yang dibenarkan ialah projek yang tidak menguntungkan diri sendiri sahaja.Projek yang hanya menolong masyarakat menjadi lebih berkualiti.Mengikut blogger joegrimjow yang berjaya dapat dana ini untuk berjaya pemohon hendakla melalui 4 peringkat:

1)Isi Borang Online
  • Sila baca panduan dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu dengan teliti. 
  • Hantarkan kertas cadangan secara online di www.1mdb.com.my/danabelia, atau poskan kepada alamat Dana Belia 1Malaysia, Level 8, Menara IMC, 8, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur
  • Panel Penilai akan membuat penilaian kepada semua permohonan. Anda mungkin akan dipanggil untuk membuat pembentangan kertas kerja.
2)Tapisan dari juri

Borang online  ini akan ditapis oleh juri yang dilantik. Masa yang diambil lebih kurang 2-3 bulan.

3)Presentation Projek

Selepas nama anda disenarai pendek,anda akn dipanggil untuk membentangkan projek anda didepan juri.

4)Tapisan dari Perdana Menteri

Bagi yang betul-betul layak, pihak dana akan sampaikan list akhir kepada Perdana Menteri.

Siapa yang layak mohon Dana Belia 1Malaysia:

1)Individu berusia 15-40 tahun
2)Organisasi Belia 
3)NGO berdaftar yang menggalakkan program pembangunan belia

Walaupun Dana Belia 1Malaysia ini bertujuan membantu belia untuk menyampai kretiviti dan inovasi mereka, projek yang hendak dipohon hendakla relevan dari segi kos dan projek tersebut.Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dana belia 1Malaysia ni boleh ke laman web http://www.1mdb.com.my/danabelia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...