Ads 468x60px

Pages

Friday, June 17, 2011

Home » , , » Hari Terbuka GLC:24-26 Jun 2011

Hari Terbuka GLC:24-26 Jun 2011

Assalamualaikum.Entri ni aku nak kongsi tentang Hari Terbuka GLC ni yang akan berlangsung pada 24-26 Jun 2011.Satu program yang bagus untuk anda untuk menjalin hubungan,bekongsi idea,menyertai forum,meneroka peluang-peluang biasiswa,kerjaya dan perniagaan serta menemui banyak produk dan perkhidmatan yang menarik.Program ni akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hari Terbuka GLC ni sebenarnya acara yang memperagakan sumbangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada pembangunan negara dan segenap lapisan masyarakat.Para pengunjung akan berpeluang untuk memahami dengan lebih lanjut tentang bidang perniagaan yang diceburi oleh GLC, meneroka peluang perniagaan dan pekerjaan, serta mengetahui bagaimana GLC telah menyumbang kepada pembangunan negara. Orang ramai turut berpeluang menghadiri forum awam yang akan membariskan pakar-pakar yang mengupas isu-isu yang membawa kesan kepada persekitaran operasi dan ekonomi makro. 

Hari Terbuka GLC menyasarkan untuk mengakrabkan hubungan GLC dengan orang ramai dan sekali gus mewujudkan kerjasama yang lebih rapat.Antara syarikat yang terlibat dalam hari terbuka ni ialah:

1) Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) 

Khazanah Nasional         
Employee's Provident Fund(KWSP)      
Lembaga Tabung Haji
Lembaga Tabung Angkatan Tentara
Permodalan Nasional Berhad(PNB)  

2) Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)

Affin Holdings     
Axiata
BIMB Holdings
Boustead Holdings          
Chemical Company of Malaysia(CCM)
CIMB Group
Malaysia Airports 
Malaysia Airline System(MAS)
Maybank
Malaysia Building Society Berhad(MBSB)            
Malaysian Resources Corp Berhad(MRCB)
Proton Holdings
Sime Darby         
Telekom Malaysia(TM)            
Tenaga Nasional
TH Plantations Berhad   
UEM Group        
UMW Holdings     

Apa yang menarik semasa Hari Terbuka GLC 2011 ni terdapat pelbagai peraduan dan permainan yang menawarkan hadia-hadiah hebat seperti kereta Proton Saga FL 1.6,Ford Fiesta,pakej percutian,iPod Touch,laptop dan pelbagai lagi.Sesiapa yang nak tahu keterangan lanjut boleh layari www.glcopenday.com.my         

1 comments:

Anonymous said...

[url=http://bestgift24.co.uk/]fake watches[/url]

rolex super president
is louis vuitton outlet jan legit
precision replica watches
rolex submariner price
gold rolex datejust

http://topsale24.co.uk/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...