Assalamualaikum..Berita baik untuk pelajar lepasan SPM yang cemerlang sebab satu lagi tawaran biasiswa untuk mereka dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Memang beruntung pelajar sekarang ni kerana banyak tawaran biasiswa yang mereka boleh mohon jika biasiswa seperti JPA dan MARA mereka gagal dapat.
Biasiswa 1MDB ni ditawarkan kepada 500 pelajar lepasan SPM yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan tahun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata 300 bantuan biasiswa 1MDB ni akan diberikan kepada Bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan Bumiputera.
Keutamaan biasiswa 1MDB ni juga akan diberikan kepada pemohon 8A+ yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Bagaimanapun, kelonggaran khas juga akan diberikan kepada pemohon Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperolehi 6A+ dan 5A+ akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka.
Untuk biasiswa 1MDB ni bantuan yang diberi bagi pengajian di IPTA, pelajar akan menerima RM7,500 setahun untuk kursus kritikal dan tidak kritikal manakala pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTS akan menerima RM15,000 untuk mengikuti kursus kritikal dan RM7,500 untuk kursus tidak kritikal.
Maklumat detail tentang biasiswa 1MDB ni aku tak tahu sebab laman web utama 1Malaysia Development Berhad tidak update lagi tentang tawaran biasiswa ni.
sumber:Berita Harian
0 comments:
Post a Comment